1. Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dijalankan seperti berikut:
- melawat kawasan kajian
- pemerhatian kawasan kajian
- temu ramah dengan responden
- menjalankan soal selidik
- merujuk bahan medi seperti buku, majalah, internet dan lain-lain.
Menyusun Maklumat dan Data dalam bentuk Jadual
1. Maklumat dan data yang dikumpulkan perlu disusun mengikut kumpulan yang sesuai dalam bentuk jadual sebelum di persembahkan dalam bentuk graf.
Graf Bar Berganda
- Penggunaan graf bar berganda dapat mempersembahkan maklumat atau data dalam bentuk menarik , jelas dan mudah difahami.
- Graf bar berganda dilukis dalam bentuk palang untuk menerangkan maklumat yang mempunyai lebih daripada dua unsur atau komponen.
Graf Garisan Berganda
- Graf garisan berganda mempersembahkan maklumat atau data dalam bentuk garisan yang bersambungan.
- Graf ini sesuai digunakan untuk menerangkan perubahan kadar suhu, perubahan pertumbuhan penduduk, pengeluaran hasil pertanian dan sebagainya.