Sunday, 29 July 2012

Bab 4: Graf

Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat dan Data


1. Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dijalankan seperti berikut:

  • melawat kawasan kajian
  • pemerhatian kawasan kajian
  • temu ramah dengan responden
  • menjalankan soal selidik
  • merujuk bahan medi seperti buku, majalah, internet dan lain-lain.
Menyusun Maklumat dan Data dalam bentuk Jadual

1. Maklumat dan data yang dikumpulkan perlu disusun mengikut kumpulan yang sesuai dalam bentuk jadual       sebelum di persembahkan dalam bentuk graf.

Graf Bar Berganda
  1.  Penggunaan graf bar berganda dapat mempersembahkan maklumat atau data dalam bentuk menarik ,  jelas   dan mudah difahami.
  2. Graf bar berganda dilukis dalam bentuk palang untuk menerangkan maklumat yang mempunyai lebih daripada dua unsur atau komponen.

Graf Garisan Berganda

  1. Graf garisan berganda mempersembahkan maklumat atau data dalam bentuk garisan yang bersambungan.
  2. Graf ini sesuai digunakan untuk menerangkan perubahan kadar suhu, perubahan pertumbuhan penduduk, pengeluaran hasil pertanian dan sebagainya.


Bab 3: Skala dan Jarak

 Skala

  •  Skala ialah  nisbah jarak di atas peta dengan  jarak sebenar di atas permukaan bumi.
  •  Skala lurus  ialah skala yang dilukis dalam bentuk  garisan dan dibahagi dalam  beberapa unit kecil  untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi. Skala lurus juga dikenali  sebagai skala linear  atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf. 

 Jarak.

  •  Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
  •  Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
           • Jarak Mutlak.
           • Jarak Relatif.
  • Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
  •  Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
  •  Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.
Ulangkaji :

Jawab soalan-soalan berikut :

1. Apakah skala?
2. Apakah skala lurus?
3. Apakah jarak?
4. Apakah jarak relatif? Apakah jarak mutlak?
5. Apakah jarak mutlak?

Bab 2 : Arah

Bearing Sudutan

  1. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat dari satu titik rujukan.
  2. Bearing ditentukan berdasarkan ukuran sudut dan dinyatakan dalam ukuran darjah.
  3. Bearing sudutan pula diukur dari arah utara, mengikut pusingan jam.
  4. Bearing sudutan di atas peta diukur menggunakan jangka sudut atau protektor.
Mengukur Bearing

Langkah mengukur bearing:

  • Kenal pasti titik rujukan.
  • Lukis arah mata angin tepat di atas titik rujukan.
  • Lukis garisan lurus yang menghubungkan titik rujukan dengan lokasi perbandingan.
  • Letakkan jangka sudut tepat di atas arah mata angin titik rujukan.
  • Ukur sudut bearing dari arah utara menikut pusingan jam.

Wednesday, 4 July 2012